Followers

Monday, December 27, 2010

apabila aku merasa...

hidup ibarat pertandingan dimana semua orang ingin menjadi nombor satu dan aku adalah mangsanya..
aku ibarat pelari dalam pertandingan yang tempang kakinya..lalu pesaing ku di belakang memecut laju dan melanggar ku sehingga aku jatuh dan tersungkur..

sakit..sangat sakit..

aku ditinggalkan sendirian..mereka hanya mampu memandang..


............

dulu..,
aku melarikan diri dari masalah dan dari orang yang ku benci..
aku memilih untuk diam..
aku sangat ego..

dulu..,
aku hanya mampu berharap tanpa membuat apa-apa..
aku pengecut..!!!

malah aku benci apabila aku hanya memikirkan..
tanggapan orang lain terhadapku.





perlahan-lahan aku mengubah persepiku tentang segala-galanya..
aku ingin menjadi orang baru..

aku akan menghadapi segala masalah..
aku siap untuk melompat dengan lebih tinggi..
aku ingin mencabar kembali pesaing ku..

2011 lebih bermakna kini...

Thursday, December 16, 2010

kehilangan..

kenapa bila orang itu rasa kehilangan..,mesti mau sedih-sampai-mati


hilang barang tersayang..
nasib baik hilang barang je.,kalau lu orang hilang ingatan tak melalak bf/gf korang,mak ayah ngan sedara mara..termasuk jiran miran ngan kawan tempat kerja lu orang..tak pun kawan time skolah dulu???
(cam ne diorang nak kutip hutang diorang kan..sebab lu pun da lupa?)


lepas tu nak sedih pulak bila hilang gigi..
hilang la erti senyuman yang ikhlas dari lu..
takpe beb..hilang gigi je.,bukan nya hilang dara..still lu masih ade harga diri kan??


bila hilang bf/gf...
lepas tu kat wall fb lu orang.,timbul la seribu ayat kekesalan menghantui jiwa..
rilex dulu bai..baru bf belum jadi laki lu lagi??


bagi wa kan..lagi sakit bila hilang kepercayaan..
lu cakap betul pun diragui..
lebih baik cakap salah je....wowowo


actually..wa tak puas hati bila hilang ni mesti dikaitkan ngan menda negatif..
lepas ni cuba lu orang senyum bila hilang duit..mesti rasa lain beb....($_$)
hahahaha ...... =)



Wednesday, December 15, 2010

comolot~

luahan rasa dari hati yang ikhlas..

awak..,


sebenarnya saya dah jatuh hati kat awak.,
pertama kali saya nampak awak..
awak selamba je jalan dengan dia..
tapi ketika itu saya hanya melihat awak dari jauh..


saya sedar siapalah saya ni...
wanita yang tak berharta..
mungkin tak layak untuk awak...


pada suatu hari itu.,
saya lihat awak di tinggalkan seorang diri..
sedang menunggu dia shopping didalam One Utama..

mungkin ini adalah peluang saya..
saya beranikan diri untuk mendekati awak.
dan......
awak buat rilex je..kaku dan tak respon.(sama seperti biasa)





kali ni...saya tak kan lepaskan awak..!!!!!
saya pandang awak dalam-dalam dengan penuh rasa sayang..
jantung saya berdegup kencang~


saya dah tak tahan..

                               muahhhhhhhhhhhhhhhhhhh


"I love u...
and plz wait for me..~"
bisikan romantis saya untuk awak..

saya akan pastikan...
saya akan miliki awak suatu hari nanti..(^_^)


BMW 320i E90

Saturday, December 11, 2010

Isu Bangang


Pada beberapa hari yang lepas..aku sebagai pendengki sejati bertanya soalan di kaunter Formspring..
Soalan aku berbunyi begini…à “knape ko rase bangang…sila jujur?”

Berikut adalah jawapan yang aku terima~

- aku rasa bangang kerana kau dah tanya kenapa aku rasa bangang so aku jawab je lah soalan yang bangang ni , ada ke patut si bangang tanya aku kenapa aku bangang , memang aku jawab je lah , aku bangang sebab kau dah paksa aku jadi bangang en, nak jawab apa lagi, takkan lah soalan bangang jawab bengap , lain dah maksudnya tu !
- sbb aq jwb soalan ko...
- sebab lu tanya soalan macam lahanat. tak mencabar minda.
- sebab ko bangang.siyes jujur haha


jawapan itu boleh dikategorikan sebagai jawapan orang bangang….
Hahahahahaha


Nak tau kenapa?

Ini adalah kerana mereka menjawab soalan bangang tersebut
Padahal mereka ada hak untuk tidak menjawab…huhu~

Mereka yang tidak menjawab adalah tidak bangang,
Tapi aku tak tahu siapa yang tak jawab..
Sebab kalau tak jawab secara automatiknya tak di “publish” kat wall formspring..

Malah orang yang baca entry “Isu bangang” ni juga adalah orang yang tak berapa pandai..
Iaitu bangang..

Dan aku juga adalah orang bangang yang tulis blog ni serta berharap ade orang lain terasa bangang juga…

Dan …..





Wey.,apsal kau baca lagi bangang!!!!

Hahahahaha


Tuesday, December 7, 2010

hanya...

aku menikmati hidangan burger terbaru di Mcdonald bersama teman ku petang tadi..
perasaan ku bercampur baur.,
aku seronok dan juga lapar.,

aku kongsikan sedikit picture burger yang telah selamat mendarat di perut ku kini..
ermmmmmmmm....


"keriangan berkekalan"

                                                                     sedap beb..yum..yum..
lagi sedap bila makan free....wakakakaka
hahahaha

hanya di mcdonald..


selesai mejamu selera di mcd.
kami bercadang untuk pulang ke rumah.

enjin motor dihidupkan..
perjalanan bermula.,

perut ku kekenyangan.,
mata pun mula mengada-ngada mengantuk..

tiba-tiba




neee noooo neeee nooo neeee nooooo.....
(bunyi kereta polis)

aku melihat ada dua bijik motor polis dan sebijik kereta polis dihadapan kereta hitam tersebut..
selepas kereta itu melintasi kami dan dengan seronok nya melanggar lampu isyarat merah..
aku sempat terpandang plat kuning yang tertulis "yamtuan besar"

wooowwwwwwwwwwwwwwww......

best gila dapat langgar lampu merah siot..
Hebat~

aku ingin buat begitu suatu hari nanti..

aku menaiki kereta mewah sambil di iringi polis yang telah ku upah..
ketika perjalanan untuk meeting kontrak berjuta-juta ringgit..
driver aku dengan muka selamba langgar lampu merah..^_^

hanya sebab....

aku rasa nak sangat sangat..
langgar lampu merah dengan cara yang paling SOPAN.....
ngeeeeee~

Thursday, December 2, 2010

Dah ade balak ke?

tepat pukul 6 petang kerja part-time aku pun bermula..
ketika sedang leka membuat kerja (konon2 rajin)
ade suare memanggil-manggil....

xoxoxoxoxoxoxoxoxo

ada seorang mamat ni muka pun market gak...
dia tanya.."wey.,ko ada balak tak"..
aku pandang dia balik..dia pun ulang soalan sama tu kat aku.,
(mungkin dia sangka aku tak dengar)
lepas itu.,aku menjawab

"ada..belambak kot.....,apsal kau tanya?"


"kau pergi depan.,ambek benda alah tu..letak kat sini.."
aku sekadar menurut perintah.
selepas tugasan aku yang lain siap.,
beliau datang kembali kepada ku..

"wey,kau tak payah la cakap balak ko ramai..bajet siot~
kau patut bersyukur budak hensem macam aku ni tanya soalan macam tu..
kot-kot ko bleh jadi awek aku ke..!!
hey..,kalau aku buat kau jadi awek aku pun sebab KESIAN je la"

aku pandang lain macam je kat mamat tu..
"dah..dah..tak payah nak bajet k"
sambil tangan beliau ketuk kepala aku.

xoxoxoxoxoxoxoxoxo

ish...ish..susah betul jadi pompuan cantik nie...(bajet hot)

aku hanya tunggu dia....
dia tak kacak tapi sangat baik..
dia tak kaya tapi sangat berkerja keras..
dia hanya sayang aku..

*I will never let u go..*

p/s : mamat tu cute gak...kekekeke (gelak gatal~)

Friday, November 26, 2010

Aku sangat seronok

"tahniah.,awak lulus semua subjek"...kata-kata dari puan liza dari panggilan telefon
aku membalas "betul ke ni?"...
selepas beliau mengiyakan soalan aku..
lantas aku putuskan talian dan menjerit..
"omak.,owg lulus..yeay yeay...yuhuuuuuuu~"

mulai 3 januari 2011..
aku akan naik pangkat lagi.
menjadi super duper truper senior..
we are senpai (ayat ni pinjam dari member aku)
tak sabar nak terima adik junior baru LAGIIIII..


aku akan meneruskan sisa-sisa perjuangan untuk semester akhir bersama rakan sekolej..
batch 35..aku bertuah sekali dapat bersama korang.
"we are different"

kepada semua yang stay-up-sampai-pagi-pas2-tak-cukup-tido..
tahniah..anda LULUS...woha~

esok aku mahu berpoya-poya bersama teman ku..
kami mahu berkaroke sampai serak~

MELAKA.....here I come.=)

Wednesday, November 24, 2010

Tuesday, November 23, 2010

Adat Perpatih

100% copy paste dari blog http://facebookaans.blogspot.com/ 

Istilah "Masuk Suku" agak popular di kalangan orang di luar lingkungan Adat Perpatih. Mereka sering menganggap bahawa orang luar Negeri Sembilan yang mahu berkahwin dengan gadis/pemuda NS haruslah berwaspada, 'nanti kena masuk suku', kata mereka. 

Ia bukan sahaja menjadi satu lelucon atau kata-kata yang bersifat kecindan semata-mata. Peribadi, saya anggap kata-kata ini sudah menghina pengamal Adat Perpatih khususnya, dan orang Negeri Sembilan amnya. 

Terus terang, saya bukanlah dilahirkan dalam lingkungan pengamal adat ini. Saya juga tidak pernah cuba memahaminya. Ini disebabkan oleh kurangnya bahan di sekitar saya ketika itu, dan tidak terlibat secara langsung dalam memerhatikan adat ini diamalkan. Namun, saya tidak pernah memperlekehkan pengamalan mana-mana adat apatah lagi apabila saya sendiri tidak berapa memahaminya.

Saya mengambil falsafah : Usah cari kesalahan atas perkara yang kita tidak faham ataupun "don't find fault with what you don't understand".

Apabila ramai orang luar yang langsung tidak punya usaha untuk bertanya atau mengambil tahu, tetapi lebih suka untuk mengata-ngata, memang saya boleh naik angin. 

Soalan popular : "Kenapa kahwin dengan orang NS kena masuk suku? Bayar penuh tapi masuk suku, rugilah!" 

Kata saya, dalam masyarakat Adat Perpatih, tidak timbul langsung istilah 'masuk suku'. Namun mereka (golongan yang suka bertanyakan soalan bodoh begitu) sebenarnya bertanya dalam nuansa lucah lagi menghina. 

Bilalah mereka mahu berhenti?

Gesaan saya, Institut Adat Perpatih yang sedang diangin-anginkan itu hendaklah segera diwujudkan. Tulisan-tulisan yang bersifat ilmiah dan umum tentang adat ini hendaklah segera diperbanyakkan. Anak-anak NS yang sedang merantau, apabila sudah cukup ilmu dan bekalan, pulanglah. Bina kembali institusi adat yang indah ini. 

Tunggulah kajian saya selesai nanti, saya akan berkata cukup dengan fakta, bahan dan bukti bahawa Adat Perpatih ini langsung tidak bercanggah dengan mana-mana pemakaian undang-undang Islam. Percayalah... Hanya orang yang tidak memahami sahaja yang akan mengatakan yang sebaliknya. 

Seperti biasa, orang biasa hanya akan nampak yang biasa dan yang negatif sahaja tentang perkara yang tidak mereka fahami. Itulah lumrah menjadi seorang manusia biasa. Namun, sesekali fikirkan ruang untuk menjadi manusia yang luar biasa - luar biasa dalam erti kata cara berfikir.

Oleh: Nisah Haji Haron 


Friday, November 5, 2010

orang cakap..

TAP TAP TAP..(bunyi orang tekan laptop)
aku sedang menaip di dalam bilik belajar..
sambil disinari cahaya mentari dari tingkap..=)

....................

orang cakap kalau bulu mata gugur maknanya ada seseorang merindui kita..
tapi aku cakap "kau ni xyah perasan boleh tak?"

....................

orang cakap kalau mata berkelip ada sesuatu yang buruk akan berlaku..
pastu aku cakap "wow..,hebat!! kau boleh ramal masa depan..haha"

....................

orang cakap tak elok menyanyi kat dapur nanti kahwin ngan orang tua dah la suara tak sedap~..
aku balas "tua banyak pengalaman bai.,pokok dek den r nak nyanyi ko,nak shuffle ko!!"

....................

orang cakap lagi kalau minum lepas tu tersedak maknanya ada orang tengah sebut nama kita.
tapi aku cakap "itu adalah balasan sebab tak baca doa makan..,lepas tu salahkan orang len lak.atoyai~"

.....................

orang itu cakap lagi anak dara tak elok duduk tepi tangga nanti tak ada orang nak masuk meminang..
aku balas dengan tenang "cakap la apa kau nak cakap..aku tak kisah pun~"
sambil bangun dari tempat duduk di tangga tersebut dan menuju masuk ke dalam rumah..

.....................

pastu last-last orang tu cakap tak elok ambil gambar bertiga nanti cepat sikit arwah dalam tiga orang tu..
aku dengar je..
lepas tu aku diam..
aku menyusun kata..
"aku bukan ustazah..aku cuma nak cakap ajal maut ditangan tuhan"

......................

ini adalah apa yang aku dengar selama aku hidup 21 tahun di Malaysia..
yang pasal ambil gambar tu membe aku sendiri pun tegur..
siap dia nak masuk sekali nak selamatkan kami bertiga..atoyai!!

Thursday, November 4, 2010

Alahai anak Omak..

teringat waktu aku kecik-kecik dulu..ketika aku dan rakan2 dengan riang-ria nya bermain masak2..tak pun main kawin2..pastu terdengar zuppppp....(bunyi angin yang kuat).,
langkah kami terhenti.,
ketawa pun hilang,
kami melihat awan..
woooo~~
lepas tu kami melambai2 tangan dengan gayatnya.."bye2 kapal terbang..bai kapal terbang"..
pastu melompat-lompat tinggi dengan harapan orang dalam kapal terbang tu boleh nampak dan balas balik lambaian kami....ini adalah kisah benar!!

......................arini aku selamat mendarat di LCCT dan berjaya sampai di KSKB,(pengalaman baru~)
esok bermulalah hari indahku..=)
xoxoxo

mak aku pesan waktu aku sekolah menengah dulu.,
"ko blaja elok2.,sok bleh kojo gomen".
aku belajar fisioterapi ni pun sebab nasihat beliau..
aku ni anak mithali jugak kan..

xoxoxo

"mak,den nak kawen?"
soalan ni aku tanya beliau time betul2 lepas habis paper last SPM 2006..
mak aku pun jawab dengan tenang..
"capo nak kat ko...?"
erk..(aku terdiam tanpa kata)

xoxoxo

aku pernah minta mak aku carikan calon laki untuk sehidup semati dengan aku.,
(sebenarnya aku tak gatal..,ini adalah soalan untuk menguji mak aku)
mak aku dengan nada suara fedup nya pun menjawab..
"apo kono mengono ngn den lak..,sok jadi laki ko..bukan ea laki den~"
arghhh...aku dikecewakan lagi oleh ibu tersayang.

xoxoxo

mak aku kawen ngan ayah aku atas pilihan keluarga...
lepas kawen baru mereka bercinta~
aku nak rasa macam tu jugak..
sebab :

1) kompom2 tak ada masalah dengan mak mertua atau ayah mertua.

2) dapat kenal perangai sebenar pasangan selepas berkahwin..so tak ada istilah "suami berubah setelah berkahwin"..(sebab sebelum kahwin pun tak sempat nak kenal..)

3) dapat berkenalan dan bercinta dengan pasangan..yang paling penting..HALAL untuk buat apa sahaja


p/s : aku betul-betul tak gatal..aku ni pemalu..sila jangan salah faham~