Followers

Friday, November 26, 2010

Aku sangat seronok

"tahniah.,awak lulus semua subjek"...kata-kata dari puan liza dari panggilan telefon
aku membalas "betul ke ni?"...
selepas beliau mengiyakan soalan aku..
lantas aku putuskan talian dan menjerit..
"omak.,owg lulus..yeay yeay...yuhuuuuuuu~"

mulai 3 januari 2011..
aku akan naik pangkat lagi.
menjadi super duper truper senior..
we are senpai (ayat ni pinjam dari member aku)
tak sabar nak terima adik junior baru LAGIIIII..


aku akan meneruskan sisa-sisa perjuangan untuk semester akhir bersama rakan sekolej..
batch 35..aku bertuah sekali dapat bersama korang.
"we are different"

kepada semua yang stay-up-sampai-pagi-pas2-tak-cukup-tido..
tahniah..anda LULUS...woha~

esok aku mahu berpoya-poya bersama teman ku..
kami mahu berkaroke sampai serak~

MELAKA.....here I come.=)

Wednesday, November 24, 2010

Tuesday, November 23, 2010

Adat Perpatih

100% copy paste dari blog http://facebookaans.blogspot.com/ 

Istilah "Masuk Suku" agak popular di kalangan orang di luar lingkungan Adat Perpatih. Mereka sering menganggap bahawa orang luar Negeri Sembilan yang mahu berkahwin dengan gadis/pemuda NS haruslah berwaspada, 'nanti kena masuk suku', kata mereka. 

Ia bukan sahaja menjadi satu lelucon atau kata-kata yang bersifat kecindan semata-mata. Peribadi, saya anggap kata-kata ini sudah menghina pengamal Adat Perpatih khususnya, dan orang Negeri Sembilan amnya. 

Terus terang, saya bukanlah dilahirkan dalam lingkungan pengamal adat ini. Saya juga tidak pernah cuba memahaminya. Ini disebabkan oleh kurangnya bahan di sekitar saya ketika itu, dan tidak terlibat secara langsung dalam memerhatikan adat ini diamalkan. Namun, saya tidak pernah memperlekehkan pengamalan mana-mana adat apatah lagi apabila saya sendiri tidak berapa memahaminya.

Saya mengambil falsafah : Usah cari kesalahan atas perkara yang kita tidak faham ataupun "don't find fault with what you don't understand".

Apabila ramai orang luar yang langsung tidak punya usaha untuk bertanya atau mengambil tahu, tetapi lebih suka untuk mengata-ngata, memang saya boleh naik angin. 

Soalan popular : "Kenapa kahwin dengan orang NS kena masuk suku? Bayar penuh tapi masuk suku, rugilah!" 

Kata saya, dalam masyarakat Adat Perpatih, tidak timbul langsung istilah 'masuk suku'. Namun mereka (golongan yang suka bertanyakan soalan bodoh begitu) sebenarnya bertanya dalam nuansa lucah lagi menghina. 

Bilalah mereka mahu berhenti?

Gesaan saya, Institut Adat Perpatih yang sedang diangin-anginkan itu hendaklah segera diwujudkan. Tulisan-tulisan yang bersifat ilmiah dan umum tentang adat ini hendaklah segera diperbanyakkan. Anak-anak NS yang sedang merantau, apabila sudah cukup ilmu dan bekalan, pulanglah. Bina kembali institusi adat yang indah ini. 

Tunggulah kajian saya selesai nanti, saya akan berkata cukup dengan fakta, bahan dan bukti bahawa Adat Perpatih ini langsung tidak bercanggah dengan mana-mana pemakaian undang-undang Islam. Percayalah... Hanya orang yang tidak memahami sahaja yang akan mengatakan yang sebaliknya. 

Seperti biasa, orang biasa hanya akan nampak yang biasa dan yang negatif sahaja tentang perkara yang tidak mereka fahami. Itulah lumrah menjadi seorang manusia biasa. Namun, sesekali fikirkan ruang untuk menjadi manusia yang luar biasa - luar biasa dalam erti kata cara berfikir.

Oleh: Nisah Haji Haron 


Friday, November 5, 2010

orang cakap..

TAP TAP TAP..(bunyi orang tekan laptop)
aku sedang menaip di dalam bilik belajar..
sambil disinari cahaya mentari dari tingkap..=)

....................

orang cakap kalau bulu mata gugur maknanya ada seseorang merindui kita..
tapi aku cakap "kau ni xyah perasan boleh tak?"

....................

orang cakap kalau mata berkelip ada sesuatu yang buruk akan berlaku..
pastu aku cakap "wow..,hebat!! kau boleh ramal masa depan..haha"

....................

orang cakap tak elok menyanyi kat dapur nanti kahwin ngan orang tua dah la suara tak sedap~..
aku balas "tua banyak pengalaman bai.,pokok dek den r nak nyanyi ko,nak shuffle ko!!"

....................

orang cakap lagi kalau minum lepas tu tersedak maknanya ada orang tengah sebut nama kita.
tapi aku cakap "itu adalah balasan sebab tak baca doa makan..,lepas tu salahkan orang len lak.atoyai~"

.....................

orang itu cakap lagi anak dara tak elok duduk tepi tangga nanti tak ada orang nak masuk meminang..
aku balas dengan tenang "cakap la apa kau nak cakap..aku tak kisah pun~"
sambil bangun dari tempat duduk di tangga tersebut dan menuju masuk ke dalam rumah..

.....................

pastu last-last orang tu cakap tak elok ambil gambar bertiga nanti cepat sikit arwah dalam tiga orang tu..
aku dengar je..
lepas tu aku diam..
aku menyusun kata..
"aku bukan ustazah..aku cuma nak cakap ajal maut ditangan tuhan"

......................

ini adalah apa yang aku dengar selama aku hidup 21 tahun di Malaysia..
yang pasal ambil gambar tu membe aku sendiri pun tegur..
siap dia nak masuk sekali nak selamatkan kami bertiga..atoyai!!

Thursday, November 4, 2010

Alahai anak Omak..

teringat waktu aku kecik-kecik dulu..ketika aku dan rakan2 dengan riang-ria nya bermain masak2..tak pun main kawin2..pastu terdengar zuppppp....(bunyi angin yang kuat).,
langkah kami terhenti.,
ketawa pun hilang,
kami melihat awan..
woooo~~
lepas tu kami melambai2 tangan dengan gayatnya.."bye2 kapal terbang..bai kapal terbang"..
pastu melompat-lompat tinggi dengan harapan orang dalam kapal terbang tu boleh nampak dan balas balik lambaian kami....ini adalah kisah benar!!

......................arini aku selamat mendarat di LCCT dan berjaya sampai di KSKB,(pengalaman baru~)
esok bermulalah hari indahku..=)
xoxoxo

mak aku pesan waktu aku sekolah menengah dulu.,
"ko blaja elok2.,sok bleh kojo gomen".
aku belajar fisioterapi ni pun sebab nasihat beliau..
aku ni anak mithali jugak kan..

xoxoxo

"mak,den nak kawen?"
soalan ni aku tanya beliau time betul2 lepas habis paper last SPM 2006..
mak aku pun jawab dengan tenang..
"capo nak kat ko...?"
erk..(aku terdiam tanpa kata)

xoxoxo

aku pernah minta mak aku carikan calon laki untuk sehidup semati dengan aku.,
(sebenarnya aku tak gatal..,ini adalah soalan untuk menguji mak aku)
mak aku dengan nada suara fedup nya pun menjawab..
"apo kono mengono ngn den lak..,sok jadi laki ko..bukan ea laki den~"
arghhh...aku dikecewakan lagi oleh ibu tersayang.

xoxoxo

mak aku kawen ngan ayah aku atas pilihan keluarga...
lepas kawen baru mereka bercinta~
aku nak rasa macam tu jugak..
sebab :

1) kompom2 tak ada masalah dengan mak mertua atau ayah mertua.

2) dapat kenal perangai sebenar pasangan selepas berkahwin..so tak ada istilah "suami berubah setelah berkahwin"..(sebab sebelum kahwin pun tak sempat nak kenal..)

3) dapat berkenalan dan bercinta dengan pasangan..yang paling penting..HALAL untuk buat apa sahaja


p/s : aku betul-betul tak gatal..aku ni pemalu..sila jangan salah faham~