Followers

Friday, January 21, 2011

derita batinku..=(

pada suatu petang yang damai..
angin sepoi-sepoi bahasa menyapa pipi ku.,

langkah kaki ku teruskan menuju ke destinasi perhentian bas..
hati melonjak keriangan disaat menatap abjad S.E.R.E.M.B.A.N di hadapan bas itu..,
aku menaiki bas lantas memberi tiket kepada abang driver-yg-pakai-contact-lens-kaler-kelabu..

           ...............................................

dari tepi tingkap aku melihat pengawai JPJ membuat pemeriksaan.,
kemudian aku alihkan pandanganku didalam bas pula.,
dimana penumpang lain sudah mula tertidur..

tiba-tiba..kami diarahkan turun dari bas..
aku yang berniat untuk tidur terpaksa melangkah keluar juga..

"minta maaflah ye..bas ni tak boleh lepas untuk jalan jauh..,ade banyak masalah.."
kata seorang brader JPJ dengan penuh gayanya..
"kami tak boleh lepaskan untuk berjalan.,takut ape-ape jadi nanti"
sambung beliau lagi.

         ........................................

aku berdiri di satu sudut dan hanya merenung jalan..
lagak gaya seperti sedang redha dengan segalanya.,

namun.,dalam hati ku ..
" apelah abang driver-yg-pakai-contact-lens-kaler-kelabu tu..,apsal tak check awal2..!!!"
"brader JPJ ni pun satu..,bagi je la lepas..tak pasal2 aku balik lambat..atoiyai..~"

15minit selepas itu..bas lain dari syarikat pengangkutan tersebut pun datang.,
kami diarah untuk menaiki bas itu..

sebab ...
abang driver-yg-pakai-contact-lens-kaler-kelabu 
punya bas JPJ tak lepaskan untuk mengangkut penumpang..

kami pun meneruskan perjalanan semula..
tiba-tiba..,
bas itu berhenti di satu sudut..

aku mula panik.,cemas.,
adakah kami akan disamun??dirogol??
lalu dibunuh??
akhirnya masuk metro??

arghhhhh.....
semua penumpang dikehendaki turun..


rupa-rupa nya..

bas abang driver-yg-pakai-contact-lens-kaler-kelabu sudah menunggu kami.,
kami pun meneruskan perjalanan semula..

kalau aku seorang beriman : syukur alhamdulilah.,selamat sampai diseremban..mungkin ini semua ujian Allah.,

kalau aku seorang budak manja : benci betullah..,tak pasal2 jew.,sampai lambat.,penat tau tak.!!! tak suka!tak suka!

kalau aku seorang yang rasional : mesti brader JPJ tu saja je nak dengki kat abang driver-yg-pakai-contact-lens-kaler-kelabu tu..padahal boleh je sampai seremban dengan jaya nya..



tapi aku hanya diam.,

sebab aku tak tahu apakah reaksi yang sesuai untuk aku pamerkan..

p/s : aku pakar dalam menyembunyikan emosi..

p/s : dulu di sekolah akulah pelakon teater ^_^

2 comments: